About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!
Showing posts with label Penglihatan. Show all posts
Showing posts with label Penglihatan. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Dunia pada mata si kecil


"Eh, ada baby la! Tengok, comelnya mata dia melilau lilau tengok sana sini kan?"

"Kau rasa kan.. baby ni nampak aku tak?"
Adakah anda semua tahu bahawa penglihatan bayi semasa baru lahir adalah amat terhad  berbanding dengan orang dewasa seperti kita?

Hehe.. Menarik kan? Jom kita tengok perkembangan kebolehan dan tahap penglihatan bayi sejak mereka dilahirkan sehingga mereka akhirnya boleh berlari dan melompat~ yeay!


************************************************************************

1 BULAN    

KEBOLEHAN    
  • Mengangkat kepala untuk mengikut benda yang bergerak di hadapan /disekeliling.
  • Boleh menggenggam

PENGLIHATAN
  • Kabur
  • Fokus objek pada jarak dekat sahaja.
    3 BULAN    

    KEBOLEHAN    
    • Boleh meniarap dan mengangkat dada
    • Boleh mengenalpasti suara dan bunyi di sekeliling
    • Boleh memegang objek tetapi memerlukan pertolongan untuk mengambil objek tersebut     

    PENGLIHATAN
    • Mula mengecam muka seseorang dan objek
    • Mula mengenalpasti bentuk sesuatu permukaan
    4-5 BULAN    

    KEBOLEHAN    
    • Berat badan meningkat 2 kali ganda dari berat semasa lahir
    • Boleh berguling
    • Cuba untuk mendapatkan objek tetapi tidak dapat menganggar kedudukan objek tersebut
    • Dapat memegang objek dengan kedua-dua belah tangan.    

    PENGLIHATAN
    • Dapat mengecam muka seseorang dan objek tetapi masih kabur.
    • Dapat mengenalpasti bentuk sesuatu permukaan tetapi masih kabur. 

    6-7 BULAN    

    KEBOLEHAN    
    • Boleh duduk tanpa bantuan
    • Boleh memegang dan mengawal objek kecil seperti botol susu.
    • Boleh merangkak

    PENGLIHATAN
    • Mula mengecam kedalaman dan jarak sesuatu objek dan persekitaran.
    • Dapat melihat objek dengan jelas pada jarak dekat dan objek (yang jelas) yang menarik perhatian mereka.

    8-9 BULAN    

    KEBOLEHAN    
    • Berdiri dengan bantuan dengan memegang objek sekeliling.
    • Boleh mengutip objek bersaiz kecil
    • Boleh mula memanggil ‘mama’&’ ‘papa’
    • Boleh membaling objek dengan menggunakan 2 belah tangan.

    PENGLIHATAN
    • Sama seperti yang berumur 6 hingga 7 bulan

    10-11 BULAN   

    KEBOLEHAN   
    • Boleh berjalan dengan bantuan
    • Boleh menyebut beberapa perkataan pendek.
    • Boleh mengambil objek yang berada di dalam bekas

    PENGLIHATAN
    • Dapat meneliti objek bersaiz kecil
    12-13 BULAN   

    KEBOLEHAN   
    • Berat badan meningkat 3 kali ganda dari berat semasa lahir
    • Boleh berjalan beberapa langkah tanpa bantuan
    • Boleh menyusun objek secara menegak.
    • Boleh membaling bola dengan sebelah tangan
    • Ketinggian bertambah sebanyak 50%

    PENGLIHATAN
    • Dapat mengenalpasti objek yang bergerak
    24 BULAN    

    KEBOLEHAN    
    • Boleh melompat, berlari dan memanjat tangga
    • Boleh menconteng
    • Boleh membaling bola kecil


    PENGLIHATAN
    • Dapat mengenalpasti perbezaan warna



      Penglihatan kanak-kanak akhirnya dapat menjalankan fungsi yang sama seperti orang dewasa sewaktu mereka berumur 5 tahun :)


      Jika anda berminat untuk mengetahui dan merasai sendiri apa yang dilihat oleh bayi semasa berumur sekian sekian, boleh klik link menarik ni! :p
      http://tinyeyes.com/

        ~Hanani, Hafizah, Syazriena (^o^)/

      Wednesday, October 27, 2010

      ADAKAH KUCING MELIHAT WARNA SAMA SEPERTI KITA?



                  Sebenarnya tidak!! Saintis-saintis pun percaya bahawa kucing ni sebenarnya buta warna, iaitu diorang nampak dunia ni lebih kepada warna kelabu(ish,ciannye..tapi mesti ada hikmahnye). 

      Mengikut kajian, saintis mengatakan bahawa buta warna kucing adalah sama dengan buta  warna manusia (deutranope) yang susah nak bezakan antara warna merah dan hijau(red-green defect). Di dalam retina terdapat tiga jenis sel kon sensitif terhadap cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang berbeza. Dalam mata kucing  terdapat kurang sel kon jenis merah(red-cone type) yang penting kalau nak tengok warna merah.

      Sebab tulah kucing tak dapat nak beza warna merah dan hijau.Kalau nak dibandingkan dengan manusia normal, kita ni melihat warna menerusi gabungan tiga jenis kon yang berbeza.Sel rod paling sensitif pada keadaan cahaya malap manakala sel kon berfungsi dalam keadaan terang.Kita semua tahu kan yang kucing ni paling aktif pada waktu malam. 

      Jadi,kucing mempunyai bilangan rod yang lebih banyak berbanding kon di dalam retina.Fovea manusia cuma ada kon je tapi kucing  mempunyai rod dan kon( hanya20 puluh peratus kon dalam fovea). Sebab tulah manusia boleh tengok warna lebih jelas dari kucing manakala kucing pulak dapat melihat kelabu2 asap jah(ala..macam dalam citer P Ramlee tu).TAPI penglihatan malam kucing sangat jelas OK. 

      Kan ke adil Allah ciptakan makhluknya.Sebagai manusia bersyukurlah kite dengan penglihatan kita ni.SAYANGI MATA ANDA.=)



      Nukilan: Raja & Ain





      Wednesday, October 20, 2010

      Huhu.. Sedihnya, pedih...




      Sedih?? Pedih?? Ha.. pernah tak anda semua potong bawang? tak kisah la bawang merah ke, putih ke, besar ke, kecik ke. Mesti akan mengalir air mata punyalah (melainkan orang yang tak pernah masuk dapur la.. hehe) . Tapi anda tahu tak mengapa mata kita jadi pedih dan mengeluarkan air mata?? Tak tau??
      Ni cheq nak bagitau ni..
      Sebenarnya, di dalam bawang terdapat sel-sel yang terdiri daripada membran (lapisan) dan diantara satu membran itu terdapat sejenis molekul-molekul kimia yang dipanggil sulfur dan satu lagi membran pula mengandungi enzim.
      Apabila kita potong bawang, kedua-dua bahan akan bercampur dan akan hasilkan tindakbalas kimia dan menghasilkan ethylsufine yang boleh menyebabkan iritasi pada mata dan sebab itulah mata kita mengeluarkan air mata. Huhu..sedihnya..pedih..



      by:
      nurhani asmira
      &
      nursyahirah




      Saturday, October 16, 2010

      SILAP MATA???


      PEMBACA 1: Eh, roda tu berpusing la!!!
      PEMBACA 2 : Mana ad la... cuba tgok betul2 kat titik hitam setiap roda tu.. dia                               
                              berpusing tak??
      PEMBACA 1: Betul la...
                              Dia x pusing...
                             Wah!! Silap mata ni!!!
      PEMBACA 1: urm..
                             Mmg “silap mata”...         


             Ini bukan silap mata mahupun sejenis teknik pemukauan tetapi fenomena ini dikenali sebagai ilusi optik. Ilusi optik?? Ya, ilusi optik..satu fenomena yang terjadi apabila tafsiran otak berbeza dengan  apa yang dilihat oleh mata...

      by: Siti Nur Liyana & Shaffrina

      Tuesday, October 12, 2010

      KOSMETIK DAN MATA..

        


                  Solekan mata yang trendy, berwarna-warni dan kadang-kala pelik menjadi ikutan remaja kini. Lihat sahajalah di dalam majalah-majalah fesyen sekarang, mereka kelihatan seolah-olah berlumba-lumba mencantikkan diri tanpa mempedulikan kandungan setiap alat solek mereka itu. Bagi mereka, yang paling penting, mata mereka kelihatan cantik, galak dan menarik untuk tatapan umum.

      Thursday, September 23, 2010

      Tengok Guna 2 Mata?

      Macam mane tengok Guna 2 Mata ni Berfungsi?? atau nama sains kita panggil PENGLIHATAN BINOKULAR..

      Penglihatan Binokular (Binocular Vision) adalah penggunaan sepenuhnya kedua-dua mata untuk melihat sesuatu objek di dalam persepsi satu imej yang jelas. Manusia menggunakan kebaikan Penglihatan  Binokular sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti seharian seperti membaca, memasak, memandu kenderaan dan sebagainya.
      Secara asasnya, Penglihatan Binokular terdiri daripada tiga peringkat utama untuk menghasilkan imej yang jelas, satu, dan sama.
      Peringkat 1: PERSEPSI SERENTAK (simultaneous perception)
      Persepsi Serentak ialah penghasilan imej dari objek yang dilihat oleh mata kiri dan mata kanan seiring dipancarkan kedalam retina (fovea) dari aspek kesamaan bentuk, saiz dan pengcahayaan objek yang dilihat.
      Peringkat 2: PENINDIHAN IMEJ (superimposition)
      Peringkat kedua dalam menghasilkan penggunaan Penglihatan Binokular ialah penindihan imej dari mata kiri dan mata kanan pada visual kortex. Penindihan imej ini akan menghasilakan Gabungan Rata (flat fusion) di dalam otak. Proses penindihan imej dibantu oleh keselarian kedua-dua mata menglihat objek yang diingini. Kegagalan proses ini menyebabkan imej yang dihasilkan menjadi dua persepsi imej.
      Peringkat 3 : STEREOPSIS
      Peringkat yang terakhir ialah keupayaan kedua-dua imej dari mata kiri dan mata kanan bercampur untuk menghasilkan persepsi imej tiga dimensi (3D) iaitu Persepsi Stereopsis. Penggunaan Binokular pada aras ini berjaya mewujudkan kesedaran jarak relatif dari objek yang dilihat dari pemerhati serta persepsi kedalaman. Sebagai contoh, manusia mampu menilai jarak dengan bagus dalam aktiviti seharian seperti naik dan turun tangga, menyambut bola yang dilantun, meletak kenderaan ke dalam kotak parking, menuang air minum ke dalam gelas dan sebagainya.
      Secara amnya, setiap manusia seharusnya (BERHAK) memperoleh nikmat dari penggunaan Penglihatan Binokular yang tepat selari dengan struktur anatomi dan fisiologi mata manusia. Kita selalunya tidak menyedari kebaikan penggunaan Penglihatan Binokular ini dalam seharian sehinggalah kenikmatannya hilang disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak diingini. Tuntasnya, penjagaan mata yang bagus perlu diambil berat bagi setiap lapisan umur untuk memastikan penggunaan Penglihatan Binokular dalam keadaan optimum setiap mata. 

      dari meja penulis:
      Faiz Best, Abu Hanzallah, Farahiyah
      Related Posts with Thumbnails