Cik A : Wah, terangnya dunia!
Cik B : Kalau aku tahu pakai cermin mata boleh nampak jelas,dah lama aku pakai.
Cik C : Bagus-bagus semua ikut saranan aku, baru korang tahu bertapa indahnya dunia.
Tak apa, orang Pak Leman jiran aku cakap ‘it’s better late than never’.Sekarang
senang la nak buat kerja.
Cik A : Tapi Cik C, kenapa kanta aku lagi tebal dari kau? Bukan power mata kita sama ke?
Cik C : Waktu kau buat cermin mata semalam, ada tak optometrist tu kata nak nipiskan
kanta?
Cik A : Ada, tapi aku tak mahu sebab nipiskan kanta kena bayar mahal.
Cik C : Siapa suruh kau tak nak, duit yang berjuta-juta dalam bank nak buat apa? Tengok
macam aku, ringan je cermin mata ni. Tak apa, esok kau pergi la kedai cermin mata,
suruh je optometrist tu kikis kanta kau biar nipis sikit.
Cik B: Kanta tak boleh dikikis suka hati la. Sebenarnya optometrist akan gunakan kanta yang
berbeza indeksnya.
Cik C: Mantop la kau Cik B,mana kau tau ni?
Cik B: Semalam aku berbual dengan optometrist tu. Masa tu si Cik A ni nak balik cepat, aku
lepak la dulu dengan optometrist tu. Borak macam-macam.banyak maklumat baru
aku dapat.
Cik A :Indeks tu apa? Kongsi la sikit apa yang kau tahu.
Cik B :Indeks adalah kelajuan cahaya di udara dibahagi dengan kelajuan cahaya yang masuk
dalam kanta.Yang aku faham semakin tinggi indeks kanta yang digunakan untuk
cermin mata,semakin nipis cermin mata kita. Dia pun ada cakap yang kita ni guna
kanta dari syarikat Hoya yang berasal dari Jepun.
Cik A :Oh, dari Jepun? Sama dengan Doraemon, cerita feveret tu.
Cik C :Eh,aku punya pun kanta Hoya juga la kalau tak silap aku la,dah tak ingat sangat
sebab dah lama dah cermin mata ni. Jadi, kau punya kanta berapa indeksnya?
Cik B :Eh..lupa pula aku nak tanya kat optometrist tu. Jom esok kita pergi sama-sama ke
kedai cermin mata,nak tanya optometrist tu.
Cik A :Ok,no problem! Aku pun nak tahu aku punya juga. Mesti aku punya indeks rendah
berbanding Cik C punya.
Cik C: Ok,aku setuju! Mestilah aku punya lagi tinggi indeks dari kau.
Oleh: Kamilatunnisak & Nur Hani Asmira
Credit to Mr. Google