About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!
Showing posts with label Rabun. Show all posts
Showing posts with label Rabun. Show all posts

Thursday, September 9, 2010

Rabun Jenis Hiperopia: Part 2 (Tanda dan Keluhan)

Dalam orang putih tanda dan keluhan ni sign and symptom.

Sebelum tu, saya terangkan dulu secara sainsnya dengan ringkas pasal hiperopia ni. Masalah akan timbul bila cahaya yang masuk dalam mata di fokuskan di belakang retina walhal yang sepatutnya cahaya itu di fokuskan betul-betul di atas retina. Ini disebabkan oleh bola matanya lebih pendek dari biasa.



Masalah yang selalunya akan dihadapi oleh orang yang ada Hiperopia ialah susah nak fokus objek dekat, penat, sakit kepala dan sebagainya. Nak mudah ambil contoh saya sendiri. Saya mengalami masalah bila membaca. Tak perlulah bagi saya masa sejam untuk letih, cukup 15 minit. Dalam masa 15 minit tu pun saya boleh tertidur kalau saya teruskan membaca dalam jarak yang sama. Susah kan?



Nukilan: Nani
            http://norhanani-zafirah.blogspot.com/

Wednesday, September 8, 2010

Rabun Jenis Hiperopia: Part 1 (Apa itu Hiperopia)

Bismillah.
.
Bila sebut je Hiperopia mesti semua orang yang tak belajar optometri bagi respon macam ni,
“Hah? Apa tu? Nak sebut pun susah. Lagi-lagi orang yang pelat R macam aku! (Ceh, tiba-tiba je tambah kan.)”
Lepas tu bila kita terang dalam bahasa mudah,
“Hiperopia tu rabun dekat lah senang cerita.”

Mesti diorang akan respon,
“Oh, rabun orang tua tu lah. Kan senang cakap macam tu.”
Mulalah lah nak cakap siapa2 yang ada Hiperopia ni ada mata yang tua lah bla bla bla. Saya sendiri pun fakir macam tu dulu. =)
Ramai orang samakan Hiperopia dengan Presbiopia. Tak ke sedih orang yang ada Hiperopia dikatakan tua?

Haihh..
Dalam bahasa yang paling mudah, orang yang ada Hiperopia ni boleh melihat objek jauh secara jelas tetapi ada masalah bila berhadapan dengan objek yang dekat. Susah nak fokus. Faham sekarang?



Belum? nanti kan post seterusnya Part 2

Nukilan: Nani
              http://norhanani-zafirah.blogspot.com/

Jenis dan Tahap Rabun Penglihatan

Secara umum, rabun penglihatan terbahagi kepada;
1. Rabun hiperopia
2. Rabun miopia
3. Rabun astigmatisma
4. Rabun campuran hiperopia + astigmatisma
5. Rabun campuran myopia + astigmatisma
6. Rabun presbiopia



Tahap keterukan rabun penglihatan adalah bergantung kepada kuasa ralat refraksi (bahasa mudah nya power cermin mata)
a) Rendah-kuasa ralat refraksi kurang daripada 2.00D
b) Sederhana- kuasa ralat refraksi antara 2.00 ke 4.00D
c) Tinggi-kuasa ralat refraksi lebih daripada 4.00D
*D adalah singkatan untuk diopter. Diopter adalah unit untuk kuasa ralat refraksi

Rabun Penglihatan

Seseorang yang rabun mempunyai penglihatan yang kabur pada jarak tertentu. Ia bergantung pada jenis rabun dan juga tahap keterukan rabun tersebut.

Rabun penglihatan adalah sejenis penyakit yang boleh dirawat dengan pemakaian preskripsi kaca mata, kanta lekap (contact lens) dan juga pembedahan. bagi mengetahui jenis dan tahap keterukan rabun Anda, sila dsapatkan khidmat konsultasi daripada Optometris bertauliah Anda.
Related Posts with Thumbnails