Cahaya yang terpantul daripada permukaan kanta cermin mata yang telah digilap adalah sama seperti pantulan cahaya oleh cermin satah dan cermin berlekuk. Biasanya,dalam keadaan tertentu, kanta menyebabkan pantulan dan gambaran-gambaran lain yang mengganggu pemakainya atau orang yang memerhati si pemakai kanta tersebut. Ini menyebabkan silau terutama ketika memandu pada malam hari di sepanjang jalan yang diterangi cahaya lampu. Silau juga mengganggu pemerhati untuk melihat dengan jelas mata si pemakai cermin mata.
Kanta Lapisan Anti-Pantulan
Keamatan pantulan cahaya adalah lebih tinggi untuk kanta yang mempunyai indeks yang besar. Di tengah-tengah kemajuan kanta lapisan anti-pantulan Hoya (AR coating), keamatan pantulan cahaya ini dapat dikurangkan. Ada empat jenis lapisan anti-pantulan (AR) yang diaplikasikan oleh Hoya ke atas permukaan kanta keluaran mereka;
1. SFT – Super Fine Touch (sentuhan super halus)
2. HVP – High Vision Perfection (kesempurnaan tahap penglihatan)
3. HV – High vision (penglihatan tinggi)
4. HM – Hard Multicoat (pelbagai lapisan keras)
Aplikasi lapisan AR digabungkan dengan lapisan tahan gores yang dihasilkan dalam proses melapisi kanta dengan lapisan keras (hard coat). Proses ini harus dilakukan sebelum lapisan AR untuk menghasilkan kesan pelekatan. Dalam Hoya, proses melapisi dengan lapisan keras termasuk goresan alkali, unit cucian (memerlukan pembersih kanta ultrasonik untuk mengeluarkan ion daripada permukaan kanta) unit dip lapisan keras, unit pra-pemulihan, unit output, dan pembuangan haba.
Unit Dip lapisan keras-pembersihan kanta ultrasonik
Dalam proses melapisi kanta dengan lapisan AR, beberapa lapisan logam oksida diletakkan ke permukaan belakang dan hadapan kanta. Proses ini menggunakan alat yang berbentuk seperti kubah, yang terdiri dari 2 jenis (memuatkan 54 dan 83 keping kanta), dan 3 ruangan (untuk pemanasan, pelapisan, dan pendinginan). Oleh kerana itu, logam oksida berbeza yang digunakan dalam lapisan AR menggambarkan ciri-ciri pantulan warna biru / ungu (HM), hijau(HV dan HVP), dan hijau-kekuningan (SFT).
Kubah
Semasa proses pelapisan AR, bahan pelapis perlu memiliki indeks bias lebih rendah berbanding dengan kanta dasar dan bahan lapisan keras (hard coat). Ini kerana pantulan berkurang dengan pengurangan indeks.
Pelapisan Hidrofobik
Kebanyakan kanta lapisan anti-pantulan terkini dilengkapi dengan lapisan hidrofobik. Semua kanta pelapis AR Hoya kecuali pelapisan HM, diterapkan dengan lapisan ini. Lapisan permukaan ini mencegah pembentukan titisan air dan juga mencegah dari terkena kotoran. Jadi, kanta lebih mudah dibersihkan. Hoya juga menawarkan kejuruteraan pelapisan kanta yang unggul iaitu lapisan SFT. Lapisan SFT diterapkan dengan lapisan permukaan hidrofobik dan oleofobik yang mengelakkan kanta daripada terkena minyak kulit dan debu kotoran.
Mengapa Lapisan AR?
Lapisan AR mampu mengurangkan silau, pantulan yang mengganggu dan lingkaran cahaya. Ini memberi manfaat keselamatan ketika memandu di malam hari. Juga, mengurangkan pantulan dalaman dan luaran dari kanta itu sendiri, menghasilkan kosmetik penampilan mata yang lebih menarik (untuk kesan psikologikal yang lebih baik). Untuk pembaikan yang berkesan dalam penampilan kanta yang berkuasa tinggi, pantulan dihapuskan dan kanta kurang kelihatan. Hal ini juga meningkatkan keselesaan ketika menghadap komputer terlalu lama.
By: Noor Wahizatul Nasrah and Farihah
2 comments:
Aku slalu drive malam. Lampu dr kreta btentangan mmg mnyilaukan. Mgkn dgn AR coating ni dpt hindarkn mslh ni. Thanks for the info walaupn post ni dah lame. XD
瓜瓜多人聊天视频 , 欢乐吧多人视频聊天 , 想聊多人视频聊天下载 , 奇秀多人视频聊天 , 天歌人气区视频聊天室 , 凤凰城聊天室天歌视频 , 天歌人气区视频聊天 , 天歌聊天室 , 天歌人气区 , qq恋爱网
Post a Comment