About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Tuesday, October 12, 2010

KOSMETIK DAN MATA..

  


            Solekan mata yang trendy, berwarna-warni dan kadang-kala pelik menjadi ikutan remaja kini. Lihat sahajalah di dalam majalah-majalah fesyen sekarang, mereka kelihatan seolah-olah berlumba-lumba mencantikkan diri tanpa mempedulikan kandungan setiap alat solek mereka itu. Bagi mereka, yang paling penting, mata mereka kelihatan cantik, galak dan menarik untuk tatapan umum.
Penggunaan kosmetik mata yang tidak sesuai sama ada dari segi kandungan bahannya atau cara penggunaannya boleh menyebabkan iritasi, keradangan, kesakitan dan mungkin kecederaan pada mata.
Antara bahan-bahan di dalam kosmetik mata yang berbahaya adalah;
1)      BHA – masih terdapat di dalam kebanyakan kosmetik walaupun penggunaannya telah dilarang.
2)      Serbuk aluminium – memberikan warna metalic pada mata.
3)      Nano-titanium Dioxida – boleh menyebabkan kanser, alahan dan iritasi.
Penggunaan kosmetik mata yang tidak bersesuaian;
1)      Berkongsi alat solekan mata dengan kerap.
2)      Menggunakan alat solekan berkualiti rendah (kini terdapat banyak alat solekan tiruan yang menggunakan jenama antarabangsa yang jauh lebih murah untuk menarik perhatian pembeli. Jadi berhati-hati ya!).
3)      Tidak mengasah mata pensil mata dengan baik, selumbar pada celak boleh mencederakan mata.
4)      Tidak membersihkan tangan sebelum mengenakan atau membersihkan solekan (boleh menyebabkan jangkitan bakteria).
Jadi? Apa tunggu lagi, sebarkanlah kebaikan pada semua dan bersederhanalah dalam mencantikkan diri. Jangan kerana ekstrim pada kecantikan, diri sendiri merana kelak.


(oleh Ajmal dan Adnan)

No comments:

Related Posts with Thumbnails