Sebenarnya tidak!! Saintis-saintis pun percaya bahawa kucing ni sebenarnya buta warna, iaitu diorang nampak dunia ni lebih kepada warna kelabu(ish,ciannye..tapi mesti ada hikmahnye).
Mengikut kajian, saintis mengatakan bahawa buta warna kucing adalah sama dengan buta warna manusia (deutranope) yang susah nak bezakan antara warna merah dan hijau(red-green defect). Di dalam retina terdapat tiga jenis sel kon sensitif terhadap cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang berbeza. Dalam mata kucing terdapat kurang sel kon jenis merah(red-cone type) yang penting kalau nak tengok warna merah.
Sebab tulah kucing tak dapat nak beza warna merah dan hijau.Kalau nak dibandingkan dengan manusia normal, kita ni melihat warna menerusi gabungan tiga jenis kon yang berbeza.Sel rod paling sensitif pada keadaan cahaya malap manakala sel kon berfungsi dalam keadaan terang.Kita semua tahu kan yang kucing ni paling aktif pada waktu malam.
Jadi,kucing mempunyai bilangan rod yang lebih banyak berbanding kon di dalam retina.Fovea manusia cuma ada kon je tapi kucing mempunyai rod dan kon( hanya20 puluh peratus kon dalam fovea). Sebab tulah manusia boleh tengok warna lebih jelas dari kucing manakala kucing pulak dapat melihat kelabu2 asap jah(ala..macam dalam citer P Ramlee tu).TAPI penglihatan malam kucing sangat jelas OK.
Kan ke adil Allah ciptakan makhluknya.Sebagai manusia bersyukurlah kite dengan penglihatan kita ni.SAYANGI MATA ANDA.=)
Nukilan: Raja & Ain
1 comment:
Terima kasih
Post a Comment