Untuk pengetahuan anda...Bayi yang baru dilahirkan mempunyai jarak penglihatan yang sangat dekat iaitu sekitar 25cm sahaja . Bermakna mereka hanya mampu melihat objek-objek sekitar jarak lengan kita sahaja?? Tapi jangan risau jika bayi anda tidak memberi respon pada objek jauh..Ini kerana pada tahap penglihatan bayi akan bertambah baik sekitar umur 3 bulan dan berikutnya...Ini hanya proses semulajadi bagi perkembangan bayi anda seperti kita dulu-dulu masa kecil~~
Risaunya! Pergerakan mata bayi saya tidak seragam!
Sebenarnya ini hanya perkara normal. Bayi yang baru lahir pergerakan matanya tidak seragam. Contohnya, mata kanannya bergerak ke kanan, sebaliknya mata kirinya bergerak ke kiri. Ibu bapa perlu tahu bahawa bayi anda memerlukan masa untuk membina kekuatan otot-otot mata mereka untuk mengerakkan mata mereka secara seragam. Namun, jika perkara ini berlanjutan sehingga bayi anda berumur 3 bulan, segera berjumpa Optometrist untuk pemeriksaan.
Alamak, bayi saya juling!
“Juling air” di kalangan bayi paling banyak diperkatakan di kalangan ibubapa. Perkara ini juga biasa dikalangan bayi dan adalah situasi normal. Ini mungkin disebabkan lebihan lipatan ( extra fold of skin in the inner corner eye) diantara 2 biji mata yang menyebabkan mata bayi seolah-olah juling namun semakin meningkat usia bayi anda, lipatan akan tertarik dan merenggang sesuai dengan perkembangan usia mereka memjadikan mata kelihatan normal kembali.
Namun, terdapat juga bayi yang benar-benar mempunyai masalah juling. Oleh itu, bayi ada perlu rawatan segera bagi mengelakkan mata menjadi malas. “MATA MALAS” merupakan keadaan dimana bayi hanya menguna sebelah mata sahaja dan mata lagi satu akan menjadi lemah kerana tidak digunakan.
Kenapa mata bayi saya sentiasa berair?
Pernah anda melihat bayi yang mana di awal kelahiran mereka, mereka menangis tapi tiada titis air mata yang kelihatan? Bayi baru lahir tidak mampu untuk menghasilkan air mata sehingga akhir bulan pertama mereka dilahirkan. Pada ketika ini, mata bayi berkembang dan menghalang saluran air mata. Maka setelah masuk bulan kedua kelahiran mereka, bayi anda sentiasa berair berterusan walaupun mereka tidak menangis, kerana saluran air mata telah terhalang. Kebiasaannya, mata bayi akan kembali normal seperti mata orang dewasa setelah berumur 1 tahun, dimana saluran air mata mereka benar-benar matang. Ibubapa perlu mengambil perhatian mata berair di kalangan bayi adalah normal dan tidak disertai dengan mata merah atau bengkak.
Ibubapa juga digalakkan untuk mengosok secara lembut dibahagian antara mata dan hidung bayi anda untuk membantu air mata mengalir dengan lancar.
Ramai ibubapa tertanya-tanya bilakah anak-anak perlu menjalani pemeriksaan mata?
Seharusnya, kanak-kanak harus menjalani pemeriksaan mata pertama seawal 6 bulan dimana pada ketika ini bayi anda telah mampu duduk tanpa sokongan and mata mereka sedang berkembang seperti golongan dewasa.
Secra amnya, anak-anak seharusnya menjalani screening tahap penglihatan (Visual Acuity) dan kesihatan mata mereka 2 tahun sekali.
Seterusnya, bagi kanak-kanak yang memakai cermin mata, pemeriksaan berkala setiap tahun sekali adalah penting.
Perkembangan penglihatan anak-anak sangat penting untuk tumbuhbesaran anak-anak. Menurut pakar, 80% iaitu sebahagian besar proses pembelajaran anak-anak adalh secara visual iaitu melalui apa yang mereka lihat. Maka, tahap penglihatan yang bagus semestinya memainkan peranan dalam pembentukan IQ dan kepintaran mereka.
-
-by arifah, zulhusni n shahril
1 comment:
salam.. saya nak tanya..anak kedua saya sekarang berumur 2 bulan lebih..dan terkesan matanya ada juling sikit..so..apa yg harus saya buat?
Post a Comment