"Eh, ada baby la! Tengok, comelnya mata dia melilau lilau tengok sana sini kan?"
"Kau rasa kan.. baby ni nampak aku tak?"
Adakah anda semua tahu bahawa penglihatan bayi semasa baru lahir adalah amat terhad berbanding dengan orang dewasa seperti kita?
Hehe.. Menarik kan? Jom kita tengok perkembangan kebolehan dan tahap penglihatan bayi sejak mereka dilahirkan sehingga mereka akhirnya boleh berlari dan melompat~ yeay!
1 BULAN
KEBOLEHAN
- Mengangkat kepala untuk mengikut benda yang bergerak di hadapan /disekeliling.
- Boleh menggenggam
PENGLIHATAN
- Kabur
- Fokus objek pada jarak dekat sahaja.
3 BULAN
KEBOLEHAN
- Boleh meniarap dan mengangkat dada
- Boleh mengenalpasti suara dan bunyi di sekeliling
- Boleh memegang objek tetapi memerlukan pertolongan untuk mengambil objek tersebut
PENGLIHATAN
- Mula mengecam muka seseorang dan objek
- Mula mengenalpasti bentuk sesuatu permukaan
4-5 BULAN
KEBOLEHAN
- Berat badan meningkat 2 kali ganda dari berat semasa lahir
- Boleh berguling
- Cuba untuk mendapatkan objek tetapi tidak dapat menganggar kedudukan objek tersebut
- Dapat memegang objek dengan kedua-dua belah tangan.
PENGLIHATAN
- Dapat mengecam muka seseorang dan objek tetapi masih kabur.
- Dapat mengenalpasti bentuk sesuatu permukaan tetapi masih kabur.
6-7 BULAN
KEBOLEHAN
- Boleh duduk tanpa bantuan
- Boleh memegang dan mengawal objek kecil seperti botol susu.
- Boleh merangkak
PENGLIHATAN
- Mula mengecam kedalaman dan jarak sesuatu objek dan persekitaran.
- Dapat melihat objek dengan jelas pada jarak dekat dan objek (yang jelas) yang menarik perhatian mereka.
8-9 BULAN
KEBOLEHAN
- Berdiri dengan bantuan dengan memegang objek sekeliling.
- Boleh mengutip objek bersaiz kecil
- Boleh mula memanggil ‘mama’&’ ‘papa’
- Boleh membaling objek dengan menggunakan 2 belah tangan.
PENGLIHATAN
- Sama seperti yang berumur 6 hingga 7 bulan
10-11 BULAN
KEBOLEHAN
- Boleh berjalan dengan bantuan
- Boleh menyebut beberapa perkataan pendek.
- Boleh mengambil objek yang berada di dalam bekas
PENGLIHATAN
- Dapat meneliti objek bersaiz kecil
12-13 BULAN
KEBOLEHAN
- Berat badan meningkat 3 kali ganda dari berat semasa lahir
- Boleh berjalan beberapa langkah tanpa bantuan
- Boleh menyusun objek secara menegak.
- Boleh membaling bola dengan sebelah tangan
- Ketinggian bertambah sebanyak 50%
PENGLIHATAN
- Dapat mengenalpasti objek yang bergerak
24 BULAN
KEBOLEHAN
- Boleh melompat, berlari dan memanjat tangga
- Boleh menconteng
- Boleh membaling bola kecil
PENGLIHATAN
- Dapat mengenalpasti perbezaan warna
Penglihatan kanak-kanak akhirnya dapat menjalankan fungsi yang sama seperti orang dewasa sewaktu mereka berumur 5 tahun :)
Jika anda berminat untuk mengetahui dan merasai sendiri apa yang dilihat oleh bayi semasa berumur sekian sekian, boleh klik link menarik ni! :p
http://tinyeyes.com/
http://tinyeyes.com/
1 comment:
wah..menarik ini entry~~thumbs up=)
thanks for sharing..
Post a Comment