About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Friday, October 8, 2010

Suai padankan... Muka dan Spek (Part 1)


Adakah anda memakai  cermin mata? Jika ya, apakah ciri-ciri bingkai cermin mata yang menjadi  pilihan anda ?  Kini, terdapat pelbagai rekaan cermin mata yang menepati kehendak pelanggan yang inginkan gaya yang berbeza sewaktu memakai cermin  mata.  Jom padankan bentuk muka anda dengan bingkai cermin mata.  

a)      Muka bulat

Ramai orang yang mempunyai bentuk muka seperti ini. Bagi mereka yang mempunyai bentuk muka sebegini, anda disarankan  memilih cermin mata yang berbentuk empat segi atau petak. Jangan memilih bingkai yang berbentuk bulat atau lonjong kerana muka anda akan nampak lebih bulat.  

b)     Muka bujur sirih

Berita baik bagi mereka yang mempunyai bentuk muka bujur sirih kerana bentuk muka sebegini mudah untuk disesuaikan dengan apa jua cermin mata. Sama ada bulat atau petak tidak menjadi masalah. Pilihan cermin mata tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil (sederhana). Anda bebas bergaya kerana bentuk muka anda adalah sangat ideal.

c)       Muka  berbentuk segitiga

Bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda ialah cermin mata yang berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan keseimbangan. Anda juga boleh mencuba half-frame atau cermin mata yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.




 Nukilan Nur Amirah dan Nur Amalina.

No comments:

Related Posts with Thumbnails