About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Friday, September 3, 2010

Contact Lens hilang dalam mata?

Assalamualaikum dan salam ramadhan


Kali ini kami ada satu perkara yang kami akan kongsi dengan anda. Ya, ia menjadi kerungsingan ramai pemakai contact lens. Terutama yang baru nak mencuba. Sering kali kita dengar orang kata, “ takutla nak pkai contact lens, nanti hilang dalam mata”. Persoalan dan pernyataan ini bermain dibenak fikiran si bakal pemakai contact lens. Betul ke ni?? Ish…Seriau jugak nak pakai kalau macam gitu..


Realitinya, penyataan di atas adalah satu MITOS. Kalau tak percaya cuba tanya orang yang dah pakai contact lens, pernah ke contact lens mereka hilang DALAM mata??? Saya ulang DALAM mata, kalau hilang LUAR mata contohnya jatuh ke tanah, itu tak aci..

Secara sains, bola mata adalah terletak pada satu soket mata yang kukuh. Soket tersebut mempunyai dinding disekeliling bola mata yang mana menempatkan bola mata. Maka, sebarang objek tak semestinya contact lens TAK BOLEH hilang DALAM mata. Moralnya, jangan takut nak cuba paki contact lens sebab takkan hilang DALAM mata..and please consult your OPTOMETRIST regarding wearing of contact lens.

9 comments:

asman said...

ooo...kalau mcm ni boleh la raya ni pakai contact lens

Anonymous said...

Haha... funny but true... pernah satu ketika dulu masa kt matrix...kawan kelas ni cakap... "macam mana ni contact lens xde atas mata kita?" saya pun jawab "eh entah2 dah terjatuh, cuba tengok kat baju". Lepas tu dia pun jawab "tak lah saya rasa contact lens tadi tak jatuh, rasa macam dh termasuk dalam mata". Yang kelakarnye waktu tu tak tau lagi akan jadi student optometrist, betapa daifnye saya...lalu saya pun percayalah akan apa yg dia cakap tadi. Waktu tu saya pun cakap "MACAM MANA CONTACT LENS BOLEH HILANG DALAM MATA, TAK BAHAYA KE?" hahhahaa...

syah said...

skrg dah jadi optom student, dah belajar anat..dah tahu la kan..

Anonymous said...

sy penah tjadi semasa memakai crim di muka, sy tlalu kuat tekan di area mata mnyebabkn cntct lans sy hilg. jenuh cari dlm mata, blah ats bwh tepi tp xjmpe.. kalau jatuh pelik gk mcm mne boleh jtuh kn sdgkan sy tonyoh area mata.. tp sy xrse ape2 lps tu.. smpai la skrg da dkt setahun bnda tu tjd.. sy xjmpe doktor pon.. adakah bahaya?

Anonymous said...

Betul..risau juga..contact lens sebelah kiri pakai siang tadi hilang..puas sudah dibelik..di pejam celik..klu betul jatuh tak apa...sampai skrg ni..tk leh nk tido nyenyak sbb rasa ada benda berguling2 dekat bola mata ni...

Anonymous said...

Saya tertidur tanpa membuang contact lens..bila bgn keesokannya mmg xda dlm mata..xkn la jatuh plak???ke mana perginya contact lens sy tu???

Pokcik said...

Anak saya baru kena..dia gosok2 mata terus masuk dlm mata

Unknown said...

bahaya tak?

Anonymous said...

act bahaya . mesti kena jumpa dr . dr boleh check if ada dalam mata ..

Related Posts with Thumbnails