About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Monday, January 10, 2011

Kanta Bifocal


Bifocal adalah kanta mata yang mempunyai 2 'power' yang berbeza. Kanta bifocal dapat memulihkan kedua-dua pandangan iaitu dekat mahupun jauh manakala trifocal (3 'power' berbeza) mempunyai tambahan ‘intermediate’. Kanta ini dikenali dengan adanya satu bentuk garisan di bahagian bawah. Bahagian atas kanta membantu pandangan jauh manakala bentuk bahagian bawah kanta tersebut (juga dikenali sebagai ADD) membantu penglihatan objek dekat.

                Kanta bifocal biasanya disarankan kepada pesakit presbyopia iaitu orang tua yang susah untuk melihat objek yang dekat. Selain itu, sebenarnya bifocal juga dapat merencatkan proses rabun jauh (myopia) dalam kalangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang mengalami keadaan rabun jauh yang bertambah buruk, bifocal adalah pilihan yang lebih baik berbanding kanta yang biasa. Menurut kajian, myopia boleh berkembang dengan aktiviti yang banyak melibatkan penggunaan mata untuk melihat benda yang dekat. Ia akan memberi tekanan yang lebih kepada mata yang akhirnya akan mengurangkan potensi mata itu untuk melihat jauh. Kerana itulah, pesakit rabun jauh semakin bertambah hari ini dan kebanyakan daripada mereka merupakan mereka yang gemar dan banyak belajar di zaman perkembangan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, bifocal sebaiknya digunakan kerana ia meminimumkan aktiviti mata terhadap objek yang dekat. Bifocal boleh merencatkan proses rabun jauh selain membantu individu tersebut dalam kehidupan. 



Walaupun reka bentuk bifocal kurang memuaskan pengguna, namun kanta ini di'upgrade' dengan kanta progresif yang lebih mahal untuk menjanjikan penglihatan yang lebih baik untuk semua arah dan jarak dengan perubahan yang sekata.


 
   Di Hoya, kami telah mempelajari beberapa komponen penting dalam pembuatan bifocal. Ia termasuk kedudukan ADD pada kanta sekali gus dengan pengiraan 'power. Terdapat 3 jenis bentuk iaitu ADD depan, ADD belakang dan ADD pakai (in front, back and worn ADD). Kedudukan tersebut akan mempunyai nilai power yang berbeza dan ia dipilih berdasarkan keadaan pengguna kanta dengan merujuk kepada hukum Donder dan Irsting. 



Disediakan oleh:
Adnan Abdullah
Muhammad Faiz

Polaroid Lens :)

During Hoya Visit, we ask them about Polaroid Lens but unfortunately Hoya Malaysia tidak menghasilkan sebarang polaroid lens untukpenjagaan mata dan produk yang menggunakan polaroid hanyalah untuk alat-alat penggambaran sahaja seperti kamera dan sebagainya. So, today we are going to share tentang bagaimana polaroid itu berfungsi sebagai penapis mata kita.

 Gambar 1 menerangkan apabila cahaya matahari dipantulkan oleh satu permukaan mendatar seperti air, tanah, dan jalan memasuki mata, cahaya ini akan merawak secara mendatar dan ia dikenali sebagai silau!! Cahaya secara tegak sangat penting untuk penglihatan kita dan silau merupakan satu gangguan yang biasa kita alami saban hari. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakselesaan apabila kita melihat pada waktu tengahari lazimnya.

Gambar 2 pula mengilustrasikan cahaya yang bergerak masuk menerusi kacamata tanpa kanta Polaroid. Cahaya yang mendatar (silau) tidak ditapis oleh kacamata ini.

Gambar 3 menggambarkan keadaan cahaya yang ditapis oleh kacamata yang dilengkapi dengan kanta Polaroid. 

Pemandangan tanpa kanta Polaroid 

Pemandangan dengan kanta Polaroid





Ilustrasi di atas jelas menggambarkan bagaimana polaroid berfungsi, so itulah perbezaan sunglass yang menggunakan kanta polaroid berbanding kanta biasa. That's all :)

by, 
Amer Bin Azme
Norsyamimi Binti Mhd Halil

Kanta Lapisan Anti-Pantulan daripada HOYA LENS

Cahaya yang terpantul daripada permukaan kanta cermin mata yang telah digilap  adalah sama seperti pantulan cahaya oleh cermin satah dan cermin berlekuk. Biasanya,dalam keadaan tertentu, kanta menyebabkan pantulan dan gambaran-gambaran lain yang mengganggu  pemakainya atau orang yang memerhati si pemakai kanta tersebut. Ini menyebabkan silau terutama ketika memandu pada malam hari di sepanjang jalan yang diterangi cahaya lampu. Silau juga mengganggu pemerhati untuk melihat dengan jelas mata si pemakai cermin mata.



Kanta Lapisan Anti-Pantulan 

Keamatan pantulan cahaya adalah lebih tinggi untuk kanta yang mempunyai indeks yang besar. Di tengah-tengah kemajuan kanta lapisan anti-pantulan    Hoya (AR coating), keamatan pantulan cahaya ini dapat dikurangkan. Ada empat jenis lapisan anti-pantulan (AR) yang diaplikasikan oleh Hoya ke atas permukaan kanta keluaran mereka;

1. SFT  Super Fine Touch (sentuhan super halus) 

2. HVP  High Vision Perfection (kesempurnaan tahap penglihatan)

3. HV  High vision (penglihatan tinggi)

4. HM – Hard Multicoat (pelbagai lapisan keras)

Aplikasi lapisan AR digabungkan dengan lapisan tahan gores  yang dihasilkan dalam proses melapisi kanta dengan lapisan keras (hard coat). Proses ini harus dilakukan sebelum lapisan AR untuk menghasilkan kesan pelekatan. Dalam Hoya, proses melapisi dengan lapisan keras termasuk goresan alkali, unit cucian (memerlukan pembersih kanta ultrasonik  untuk mengeluarkan ion daripada permukaan kanta) unit dip lapisan keras, unit pra-pemulihan, unit output, dan pembuangan haba.

Unit Dip lapisan keras-pembersihan kanta ultrasonik

Dalam proses melapisi kanta dengan lapisan AR, beberapa lapisan logam oksida diletakkan ke permukaan belakang dan hadapan  kanta. Proses ini menggunakan alat yang berbentuk seperti kubah, yang terdiri dari 2 jenis (memuatkan 54 dan 83 keping kanta), dan 3 ruangan (untuk pemanasan, pelapisan, dan pendinginan). Oleh kerana itu, logam oksida berbeza yang digunakan dalam lapisan AR menggambarkan ciri-ciri pantulan warna biru / ungu (HM), hijau(HV dan HVP), dan hijau-kekuningan (SFT).

Kubah

Semasa proses pelapisan AR, bahan pelapis perlu memiliki indeks bias lebih rendah berbanding dengan kanta dasar dan bahan lapisan keras (hard coat).  Ini kerana pantulan berkurang dengan pengurangan indeks.


Pelapisan Hidrofobik 

Kebanyakan kanta lapisan anti-pantulan terkini dilengkapi dengan lapisan hidrofobik. Semua  kanta pelapis AR Hoya kecuali pelapisan HM, diterapkan dengan lapisan ini. Lapisan permukaan ini mencegah pembentukan titisan air dan juga mencegah dari terkena kotoran. Jadi, kanta lebih mudah dibersihkan.  Hoya juga menawarkan kejuruteraan pelapisan kanta yang unggul iaitu lapisan SFT. Lapisan SFT diterapkan dengan lapisan permukaan hidrofobik dan oleofobik yang mengelakkan kanta daripada terkena minyak kulit dan debu kotoran.


Mengapa Lapisan AR?




Lapisan AR mampu mengurangkan silau, pantulan yang mengganggu dan lingkaran cahaya. Ini memberi manfaat keselamatan  ketika memandu di malam hari. Juga, mengurangkan pantulan dalaman dan luaran dari kanta itu sendiri, menghasilkan kosmetik penampilan mata yang  lebih menarik  (untuk kesan psikologikal yang lebih baik). Untuk pembaikan yang berkesan dalam penampilan kanta yang berkuasa tinggi, pantulan dihapuskan dan kanta kurang kelihatan. Hal ini juga meningkatkan keselesaan ketika menghadap komputer terlalu lama.

By: Noor Wahizatul Nasrah and Farihah

'Special Order' - Lawatan ke makmal HOYA

Bismillah..

Minggu lepas kami (2nd year optometry IIUM) telah ke Syarikat Hoya di Kepong. Syarikat Hoya telah ditubuhkan pada tahun 1941.  Di sana, kami telah mengenali pelbagai jenis kanta yang terdapat di pasaran. Stok yang dihasilkan di sini boleh dibahagikan kepada dua.

Pertama, ia dikenali sebagai stok kanta (Stock lenses). Kanta-kanta yang berada dalam linkungan ±4.00DS dan kurang daripada -2.00DC inilah yang dikategorikan sebagai kanta stok. Kanta-kanta ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan diedarkan ke kedai-kedai cermin mata seluruh Malaysia. Sila ambil perhatian di sini ye, kanta stok ini telah siap dibuat di makmal-makmal besar Hoya yang terletak di Thailand, Vietnam dan China.

Kedua, ‘special order’. Kanta-kanta selain daripada yang disebutkan di dalam kanta stok adalah kanta yang termasuk dalam ‘special order’ atau ‘customize order’.  Penghasilan kanta-kanta ini lebih kurang sama dengan kanta stok. Kebiasaannya kanta-kanta ini siap di hantar dari makmal-makmal terbesar Hoya dalam bentuk kanta separa siap (Semi-finished lens). Ini bermaksud, hanya bahagian belakang kanta sahaja yang akan dibentuk di makmal yang terletak di Kepong ini. Di sini, ianya dipanggil ‘Special Rx Lab’.

Selain itu, syarikat Hoya juga terkenal dengan kanta terbaik mereka iaitu ‘progressive lens’. Terdapat pelbagai ‘progressive lens’ yang terdapat di sana (PALs). Perbezaan antara setiap kanta itu hanyalah terletak pada kualiti kanta tersebut. Bagi syarikat Hoya, apa yang penting dalam penghasilan sekeping kanta yang terbaik, semuanya terletak pada kualiti produk, reka bentuk terbaik, bahan terbaik dan perlindungan kanta terbaik.

‘Progressive lens’ yang dihasilkan di Malaysia adalah Hoyalux FD, summit Pro dan summit CD. Kanta-kanta lain seperti Hoyalux Trinity, Hoyalux iD, Trueform SCD dan STP adalah antara kanta ‘progressive lens’ yang dihasilkan di makmal-makmal di luar negara. Setiap kanta itu haruslah ditempah terlebih dahulu dan biasanya ia memakan masa tujuh hari bekerja untuk sampai ke Malaysia. Kanta-kanta yang ditempah khas ini jugak termasuk dalam kanta ‘special order’.

Sama ada kanta stok atau kanta ‘special order’, kedua-duanya perlu melalui proses penghasilan yang lengkap. Bagi membezakan jenis tempahan dari pelanggan bagi membezakan tempahan penting dan tidak, Hoya menggunakan kertas warna berlainan bagi tiap-tiap tempahan. Contohnya, kertas berwarna merah jambu adalah jenis tempahan yang perlu diberikan perhatian terlebih dahulu berbanding tempahan-tempahan lain. Setiap kanta mempunyai kuasa yang berlainan dan kelengkungan berbeza. Di sini, proses yang dipanggil ‘curve generating’ (pembentukan lengkung kanta) memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan kuasa kanta.

Oke, memandangkan kami tidak dibenarkan mengambil gambar atau merekod sebarang jenis bentuk video di dalam makmal ini, di sini kami lampirkan gambar-gambar yang di ambil dari internet. 



Hoyalux Trinity



Gambar ini menunjukkan proses 'curve generating'
(Gambar berbeza dari mesin yang terdapat di Hoya)




Disediakan oleh;

Fadilah Bt Ab. Hamid

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim






Related Posts with Thumbnails