About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Monday, October 4, 2010

Ketumbit vs Stye!

“Eii! Kau ada ketumbit! Ni mesti mengintai orang mandi ni! Tak senonoh.”

“Aduh Angah, mata abah ada ketumbit lah. Ni mesti sebab cuaca panas sangat lepas tu kurang minum air.”


Buntu? Mesti dah garu-garu kepala sekarang tak faham ketumbit tu apa kan? Dua ayat di atas merupakan dua persepsi paling popular untuk ketumbit.=)

Secara saintifiknya, ketumbit atau Stye adalah bonjolan kecil seperti jerawat yang tumbuh sama ada di hujung kelopak mata atas atau bawah. Stye juga dikenali sebagai Hordeolum. Kebiasaannya sebelum ketumbuhan itu wujud, pesakit akan mula rasa sakit dan membengkak sedikit di kawasan yang dijangkiti  tetapi stye ini tak bahaya. Jadi, sesiapa yang bangun tidur je tiba-tiba ada jerawat dekat mata, jangan pulak memandai-mandai pergi picit jerawat tu tau.=)

Stye ini terjadi disebabkan oleh bakteria staphylococcal yang ada di hidung manusia. Apa kena mengena hidung dengan mata pulak kan? Contoh senang macam ni, awak gosok-gosok hidung lepas tu awak terus tenyeh-tenyeh mata. Itu cara bacteria tu merebak.=)



Gambar ihsan dari En Google

Apa yang perlu anda perlu lakukan?

Ambil kain bersih yang dibasahkan dengan air panas atau air suam, tuam perlahan-lahan dekat kawasan yang ada stye ni. Buat sebanyak 2 ke 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut. InsyaAllah ketumbit itu hilang. Mudah kan? Selamat mencuba!=)

Nukilan Norhanani Zafirah dan Nor Fazrina

1 comment:

lady in purpLe said...

thx yee...sy tgh ade ketumbit skng ni..thx sbb mbantu..^^

Related Posts with Thumbnails