About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Thursday, September 23, 2010

Tengok Guna 2 Mata?

Macam mane tengok Guna 2 Mata ni Berfungsi?? atau nama sains kita panggil PENGLIHATAN BINOKULAR..

Penglihatan Binokular (Binocular Vision) adalah penggunaan sepenuhnya kedua-dua mata untuk melihat sesuatu objek di dalam persepsi satu imej yang jelas. Manusia menggunakan kebaikan Penglihatan  Binokular sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti seharian seperti membaca, memasak, memandu kenderaan dan sebagainya.
Secara asasnya, Penglihatan Binokular terdiri daripada tiga peringkat utama untuk menghasilkan imej yang jelas, satu, dan sama.
Peringkat 1: PERSEPSI SERENTAK (simultaneous perception)
Persepsi Serentak ialah penghasilan imej dari objek yang dilihat oleh mata kiri dan mata kanan seiring dipancarkan kedalam retina (fovea) dari aspek kesamaan bentuk, saiz dan pengcahayaan objek yang dilihat.
Peringkat 2: PENINDIHAN IMEJ (superimposition)
Peringkat kedua dalam menghasilkan penggunaan Penglihatan Binokular ialah penindihan imej dari mata kiri dan mata kanan pada visual kortex. Penindihan imej ini akan menghasilakan Gabungan Rata (flat fusion) di dalam otak. Proses penindihan imej dibantu oleh keselarian kedua-dua mata menglihat objek yang diingini. Kegagalan proses ini menyebabkan imej yang dihasilkan menjadi dua persepsi imej.
Peringkat 3 : STEREOPSIS
Peringkat yang terakhir ialah keupayaan kedua-dua imej dari mata kiri dan mata kanan bercampur untuk menghasilkan persepsi imej tiga dimensi (3D) iaitu Persepsi Stereopsis. Penggunaan Binokular pada aras ini berjaya mewujudkan kesedaran jarak relatif dari objek yang dilihat dari pemerhati serta persepsi kedalaman. Sebagai contoh, manusia mampu menilai jarak dengan bagus dalam aktiviti seharian seperti naik dan turun tangga, menyambut bola yang dilantun, meletak kenderaan ke dalam kotak parking, menuang air minum ke dalam gelas dan sebagainya.
Secara amnya, setiap manusia seharusnya (BERHAK) memperoleh nikmat dari penggunaan Penglihatan Binokular yang tepat selari dengan struktur anatomi dan fisiologi mata manusia. Kita selalunya tidak menyedari kebaikan penggunaan Penglihatan Binokular ini dalam seharian sehinggalah kenikmatannya hilang disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak diingini. Tuntasnya, penjagaan mata yang bagus perlu diambil berat bagi setiap lapisan umur untuk memastikan penggunaan Penglihatan Binokular dalam keadaan optimum setiap mata. 

dari meja penulis:
Faiz Best, Abu Hanzallah, Farahiyah

No comments:

Related Posts with Thumbnails