Pada 3 Januari 2011, pelajar Optometri Tahun Dua telah melawat HOYA Lens Company di Kepong. Sebelum lawatan bermula lagi, kami telah memilih topik yang sesuai untuk laporan yang akan kami buat dan kami telah memilh tajuk ‘bentuk kanta’.
Bentuk kanta ditakrifkan sebagai garisan besar dari keliling kanta, dengan merujuk kepada garisan sisi hidung dan melintang. Bentuk kanta kini tidak lagi terbatas kepada bentuk geometri seperti bulat dan bujur tetapi kini lebih berbentuk tidak simetri. Bentuk tidak simetri seperti ini memerlukan satu sistem pengukuran yang tidak hanya spesifik kepada pengukuran dimensi kanta tetapi juga pencarian pusat optikal yang sesuai. Keperluan tambahan yang perlu ada di dalam sistem pengukuran itu ialah garisan rujukan melintang untuk sesetengah dimensi menegak kanta siap.
Di HOYA , kami mendapat peluang untuk melihat proses penghasilan kanta yang belum dipotong sambil mengenali jenis jenis kanta yang di hasilkan di HOYA. Selain itu, HOYA juga mempunyai sejenis program yang dinamakan sebagai Hoyalog. Melalui sistem Hoyalog, semua maklumat mengenai kanta yang diperlukan oleh pelanggan untuk tempahan boleh didapati terus dari HOYA. Hoya GT-1000 frame tracer ialah satu sistem carian bingkai cermin yang baru yang meggunakan kaedah pengiraan. Lengkungan kanta dan bingkai di kira secara tepat untuk memastikan kanta dapat dimuatkan di dalam bingkai. Menerusi penggunaan sistem Hoyalog ini bersama GT 1000 Frame Tracer, terbentuklah satu salinan imej bentuk kanta 3 dimensi yang tepat yang dapat disesuaikan dengan bentuk muka pengguna.
Hoyalog bukan sekadar sistem tempahan kanta secara talian sahaja tetapi menawarkan juga HELP ( Hoya Edged Lens Programme). Program HELP ini merujuk kepada tempahan kanta yang siap dipotong secara talian yang membantu mengurangkan kos dan masa professional. Kanta yang siap dipotong itu, akan terus dihantarkan ke tempat praktis professional dan hanya tinggal untuk dimuatkan ke dalam bingkai sahaja.
Sebagai kesimpulan, kami mendapat banyak pengetahuan selama kunjungan kami itu, terutamanya mengenai kanta progresif dan melihat sendiri proses penghasilan kanta yang belumm dibentuk. Wakil Hoya banyak menekankan mengenai kanta progresif mereka . kami berharap agar mendapat kesempatan untuk ke HOYA lagi, untuk mengamati dan belajar lebih banyak lagi mengenai kanta kanta yang ada. Kami amat berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu Br Muziman dan juga kepada Br Hazizan yang menjadi pengiring kami.
Dihasilkan oleh:
1. Norsyazwani bt Mohamad Daud
2. Raja Nor Shahila bt Raja Mohamad
No comments:
Post a Comment