About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Sunday, January 9, 2011

KANTA BERWARNA


            Perlindungan mata yang tepat adalah sangat penting bagi mereka yang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti luar. Penggunaan kanta bewarna dapat membantu seseorang dalam menjalani kehidupan seharian yang aktif. Selain itu, seseorang individu juga dapat membaca dengan lebih baik dan selesa dengan bantuan kanta berwarna.





HOYA telah mencipta beberapa jenis kanta bewarna yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup seseorang. Terdapat dua kategori kanta bewarna yang telah dihasilkan di HOYA. Kategori pertama adalah spectrum sphere yang menawarkan kanta-kanta yang sesuai untuk digunakan dalam sebarang majlis, sukan dan aktiviti harian.


Antara pilihan pilihan kanta bewarna dari HOYA
         
           Kategori kedua adalah Dynamic sphere polarised lenses yang menawarkan perlindungan dari silauan dan meningkatkan kejelasan penglihatan. Kanta bagi kategori ini didapati dalam jenis material Eyas 1.60 dan CR39 1.50.

            Bagi prosedur-prosedur mewarna kanta, di HOYA, kanta diwarnakan selepas kanta menjalani proses rawatan perlindungan UV. Ini adalah untuk mengelakkan warna kanta menjadi pudar atau tangki cecair UV tercemar jika proses pewarnaan dilakukan sebelum kanta menjalani rawatan UV.

            Selain itu, proses pewarnaan kanta dilakukan secara manual. Kanta direndam dalam warna tertentu pada suhu yang tinggi kemudian dibilas dan dikeringkan. Semakin lama direndam semakin tinggi kepekatan warna yang diserap oleh kanta. Tambahan lagi, kanta yang berbeza jenis, jika direndam dalam tangki yang sama warna untuk tempoh yang sama akan menghasilkan warna yang berbeza bergantung pada ciri-ciri tertentu bagi kanta tersebut. Indeks kanta turut mempengaruhi proses pewarnaan kanta. Semakin tinggi indeks sesuatu kanta semakin lama masa diambil untuk warna diserap. 



Mesin yang digunakan untuk mewarna kanta



Disediakan oleh : SITI NUR LIYANA MUSTAFAR
                           AJMAL HAZIZAN









No comments:

Related Posts with Thumbnails