About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Monday, January 10, 2011

'Special Order' - Lawatan ke makmal HOYA

Bismillah..

Minggu lepas kami (2nd year optometry IIUM) telah ke Syarikat Hoya di Kepong. Syarikat Hoya telah ditubuhkan pada tahun 1941.  Di sana, kami telah mengenali pelbagai jenis kanta yang terdapat di pasaran. Stok yang dihasilkan di sini boleh dibahagikan kepada dua.

Pertama, ia dikenali sebagai stok kanta (Stock lenses). Kanta-kanta yang berada dalam linkungan ±4.00DS dan kurang daripada -2.00DC inilah yang dikategorikan sebagai kanta stok. Kanta-kanta ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan diedarkan ke kedai-kedai cermin mata seluruh Malaysia. Sila ambil perhatian di sini ye, kanta stok ini telah siap dibuat di makmal-makmal besar Hoya yang terletak di Thailand, Vietnam dan China.

Kedua, ‘special order’. Kanta-kanta selain daripada yang disebutkan di dalam kanta stok adalah kanta yang termasuk dalam ‘special order’ atau ‘customize order’.  Penghasilan kanta-kanta ini lebih kurang sama dengan kanta stok. Kebiasaannya kanta-kanta ini siap di hantar dari makmal-makmal terbesar Hoya dalam bentuk kanta separa siap (Semi-finished lens). Ini bermaksud, hanya bahagian belakang kanta sahaja yang akan dibentuk di makmal yang terletak di Kepong ini. Di sini, ianya dipanggil ‘Special Rx Lab’.

Selain itu, syarikat Hoya juga terkenal dengan kanta terbaik mereka iaitu ‘progressive lens’. Terdapat pelbagai ‘progressive lens’ yang terdapat di sana (PALs). Perbezaan antara setiap kanta itu hanyalah terletak pada kualiti kanta tersebut. Bagi syarikat Hoya, apa yang penting dalam penghasilan sekeping kanta yang terbaik, semuanya terletak pada kualiti produk, reka bentuk terbaik, bahan terbaik dan perlindungan kanta terbaik.

‘Progressive lens’ yang dihasilkan di Malaysia adalah Hoyalux FD, summit Pro dan summit CD. Kanta-kanta lain seperti Hoyalux Trinity, Hoyalux iD, Trueform SCD dan STP adalah antara kanta ‘progressive lens’ yang dihasilkan di makmal-makmal di luar negara. Setiap kanta itu haruslah ditempah terlebih dahulu dan biasanya ia memakan masa tujuh hari bekerja untuk sampai ke Malaysia. Kanta-kanta yang ditempah khas ini jugak termasuk dalam kanta ‘special order’.

Sama ada kanta stok atau kanta ‘special order’, kedua-duanya perlu melalui proses penghasilan yang lengkap. Bagi membezakan jenis tempahan dari pelanggan bagi membezakan tempahan penting dan tidak, Hoya menggunakan kertas warna berlainan bagi tiap-tiap tempahan. Contohnya, kertas berwarna merah jambu adalah jenis tempahan yang perlu diberikan perhatian terlebih dahulu berbanding tempahan-tempahan lain. Setiap kanta mempunyai kuasa yang berlainan dan kelengkungan berbeza. Di sini, proses yang dipanggil ‘curve generating’ (pembentukan lengkung kanta) memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan kuasa kanta.

Oke, memandangkan kami tidak dibenarkan mengambil gambar atau merekod sebarang jenis bentuk video di dalam makmal ini, di sini kami lampirkan gambar-gambar yang di ambil dari internet. 



Hoyalux Trinity



Gambar ini menunjukkan proses 'curve generating'
(Gambar berbeza dari mesin yang terdapat di Hoya)




Disediakan oleh;

Fadilah Bt Ab. Hamid

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim






No comments:

Related Posts with Thumbnails