About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Monday, January 10, 2011

'Special Order' - Lawatan ke makmal HOYA

Bismillah..

Minggu lepas kami (2nd year optometry IIUM) telah ke Syarikat Hoya di Kepong. Syarikat Hoya telah ditubuhkan pada tahun 1941.  Di sana, kami telah mengenali pelbagai jenis kanta yang terdapat di pasaran. Stok yang dihasilkan di sini boleh dibahagikan kepada dua.

Pertama, ia dikenali sebagai stok kanta (Stock lenses). Kanta-kanta yang berada dalam linkungan ±4.00DS dan kurang daripada -2.00DC inilah yang dikategorikan sebagai kanta stok. Kanta-kanta ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan diedarkan ke kedai-kedai cermin mata seluruh Malaysia. Sila ambil perhatian di sini ye, kanta stok ini telah siap dibuat di makmal-makmal besar Hoya yang terletak di Thailand, Vietnam dan China.

Kedua, ‘special order’. Kanta-kanta selain daripada yang disebutkan di dalam kanta stok adalah kanta yang termasuk dalam ‘special order’ atau ‘customize order’.  Penghasilan kanta-kanta ini lebih kurang sama dengan kanta stok. Kebiasaannya kanta-kanta ini siap di hantar dari makmal-makmal terbesar Hoya dalam bentuk kanta separa siap (Semi-finished lens). Ini bermaksud, hanya bahagian belakang kanta sahaja yang akan dibentuk di makmal yang terletak di Kepong ini. Di sini, ianya dipanggil ‘Special Rx Lab’.

Selain itu, syarikat Hoya juga terkenal dengan kanta terbaik mereka iaitu ‘progressive lens’. Terdapat pelbagai ‘progressive lens’ yang terdapat di sana (PALs). Perbezaan antara setiap kanta itu hanyalah terletak pada kualiti kanta tersebut. Bagi syarikat Hoya, apa yang penting dalam penghasilan sekeping kanta yang terbaik, semuanya terletak pada kualiti produk, reka bentuk terbaik, bahan terbaik dan perlindungan kanta terbaik.

‘Progressive lens’ yang dihasilkan di Malaysia adalah Hoyalux FD, summit Pro dan summit CD. Kanta-kanta lain seperti Hoyalux Trinity, Hoyalux iD, Trueform SCD dan STP adalah antara kanta ‘progressive lens’ yang dihasilkan di makmal-makmal di luar negara. Setiap kanta itu haruslah ditempah terlebih dahulu dan biasanya ia memakan masa tujuh hari bekerja untuk sampai ke Malaysia. Kanta-kanta yang ditempah khas ini jugak termasuk dalam kanta ‘special order’.

Sama ada kanta stok atau kanta ‘special order’, kedua-duanya perlu melalui proses penghasilan yang lengkap. Bagi membezakan jenis tempahan dari pelanggan bagi membezakan tempahan penting dan tidak, Hoya menggunakan kertas warna berlainan bagi tiap-tiap tempahan. Contohnya, kertas berwarna merah jambu adalah jenis tempahan yang perlu diberikan perhatian terlebih dahulu berbanding tempahan-tempahan lain. Setiap kanta mempunyai kuasa yang berlainan dan kelengkungan berbeza. Di sini, proses yang dipanggil ‘curve generating’ (pembentukan lengkung kanta) memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan kuasa kanta.

Oke, memandangkan kami tidak dibenarkan mengambil gambar atau merekod sebarang jenis bentuk video di dalam makmal ini, di sini kami lampirkan gambar-gambar yang di ambil dari internet. 



Hoyalux Trinity



Gambar ini menunjukkan proses 'curve generating'
(Gambar berbeza dari mesin yang terdapat di Hoya)




Disediakan oleh;

Fadilah Bt Ab. Hamid

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim






Indeks Kanta - Nipiskan kanta? Part 2

Anda sudah ikuti kisah tiga orang sahabat di entri Nipiskan kanta?Part 1.Jika belum, baca dahulu kisah tersebut disini.

Pernahkah anda mendengar cerita seperti tiga orang rakan tersebut atau pernah mengalaminya sendiri?

Menipiskan kanta bermaksud menggunakan indeks kanta yang tinggi.Kanta akan lebih nipis dan ringan jika mengunakan indeks kanta yang tinggi berbanding indeks rendah. Oleh itu, bagi pengguna yang mengalami masalah rabun jauh atau dekat yang tinggi disarankan untuk menggunakan indeks kanta yang tinggi. Namun anda perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi.


Berikut adalah senarai indeks kanta dari syarikat HOYA,yang boleh anda dapatkan dipasaran sekarang!!!

NO
LENS MATERIAL
INDEX
1
HILUX
1.50
2
PHOENIX (Trivex)
1.53
3
HILUX 2
1.55
4
STELIYFY
1.55
5
EYAS
1.60
6
EYNOA
1.67
7
EYRY
1.70
8
EYRIA
1.74



Kanta pelbagai indeks.

Oleh: Kamilatunnisak & Nur Hani Asmira
Credit pictures to Mr.Google



KANTA PHOTOKROMIK.

Kanta photochromic adalah sejenis kanta yang akan berubah menjadi gelap secara automatik apabila terdedah kepada sinar ultraviolet kemudian secara bertahap kanta ini akan kembali kepada warna asal apabila tidak terkena sinar ultraviolet lagi. Kanta ini tidak akan terpengaruh dengan cahaya lampu biasa kerana cahaya lampu tidak mengandungi ultraviolet. Kanta ini juga mampu melindungi mata dari sinaran ultraviolet yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada mata kita.



Terdapat dua jenis kanta yang boleh bertukar warna yang disebabkan oleh kepekaan kepada cahaya dan Ultraviolet, iaitu Photocromic (photogrey dan photobrown) dan Transition.  Photogrey telah wujud di pasaran Negara kita sejak 10 tahun yang lalu. Namun, transition dikeluarkan dengan teknologi yang lebih baharu beberapa tahun selepas photogrey dipasarkan. Sudah tentu terdapat kekuatan dan kekurangan masing-masing bagi kedua-dua kanta ini.


Bagi photochromic, pembuatan kanta adalah hasil adunan antara warna dan lens. Kanta mempunyai sedikit warna dalam lens (brown/grey) dan tempoh penukaran kepada gelap dan cerah adalah sedikit perlahan. Penukaran warna kanta adalah berbeza bagi “power” yang berbeza bagi kedua-dua belah mata.
Kanta Transition pula telah dibuat dahulu dan dimasukan bahan organisma yang peka kepada cahaya dan ultraviolet ke dalam kanta itu. Penukaran gelap kepada normal dan sebaliknya adalah lebih cepat dan menjanjikan perlindungan 100% dari ultraviolet.


Sudah tentu kedua-dua kanta ini bertujuan untuk memberikan keselesaan yang maksimum kepada pengguna. Peralihan kanta sesuai dengan keadaan sekitar mampu mengurangkan ketegangan pada mata. Namun, kelemahan kedua-dua kanta ini adalah kanta ini tidak terlalu gelap seperti kacamata hitam biasa dan tidak memberi perlindungan yang cukup untuk mata yang sensitif.

MARYAM AMIRUDDIN
NUR AMALINA ZULKEFLI

Nipiskan kanta ? Part 1


Cik A : Wah, terangnya dunia!
Cik B : Kalau aku tahu pakai cermin mata boleh nampak jelas,dah lama aku pakai.
Cik C : Bagus-bagus semua ikut saranan aku, baru korang tahu bertapa indahnya dunia.
          Tak apa, orang Pak Leman jiran aku cakap ‘it’s better late than never’.Sekarang 
          senang la nak buat kerja.    
Cik A : Tapi Cik C, kenapa kanta aku lagi tebal dari kau? Bukan power mata kita sama ke?




Cik C : Waktu kau buat cermin mata semalam, ada tak optometrist tu kata nak nipiskan 
          kanta?
Cik A : Ada, tapi aku tak mahu sebab nipiskan kanta kena bayar mahal.
Cik C : Siapa suruh kau tak nak, duit yang berjuta-juta dalam bank nak buat apa? Tengok 
          macam aku, ringan je cermin mata ni. Tak apa, esok kau pergi la kedai cermin mata,  
          suruh je optometrist tu kikis kanta kau biar nipis sikit.
Cik B: Kanta tak boleh dikikis suka hati la. Sebenarnya optometrist akan gunakan kanta yang
          berbeza indeksnya.
Cik C: Mantop la kau Cik B,mana kau tau ni?
Cik B: Semalam aku berbual dengan optometrist tu. Masa tu si Cik A ni nak balik cepat, aku
          lepak la dulu dengan optometrist tu. Borak macam-macam.banyak maklumat baru 
          aku dapat.
Cik A :Indeks tu apa? Kongsi la sikit apa yang kau tahu.
Cik B :Indeks adalah kelajuan cahaya di udara dibahagi dengan kelajuan cahaya yang masuk 
          dalam kanta.Yang aku faham semakin tinggi indeks kanta yang digunakan untuk 
         cermin mata,semakin nipis cermin mata kita. Dia pun ada cakap yang kita ni guna 
         kanta dari syarikat Hoya yang berasal dari Jepun.


Cik A :Oh, dari Jepun? Sama dengan Doraemon, cerita feveret tu.
Cik C :Eh,aku punya pun kanta Hoya juga la kalau tak silap aku la,dah tak ingat sangat 
          sebab dah lama dah cermin mata ni. Jadi, kau punya kanta berapa indeksnya?
Cik B :Eh..lupa pula aku nak tanya kat optometrist tu. Jom esok kita pergi sama-sama ke 
          kedai cermin mata,nak tanya optometrist tu.
Cik A :Ok,no problem! Aku pun nak tahu aku punya juga. Mesti aku punya indeks rendah 
          berbanding Cik C punya. 
Cik C: Ok,aku setuju! Mestilah aku punya lagi tinggi indeks dari kau.

 Baca Indeks Kanta - Nipiskan Kanta Part 2 untuk sambungan cerita.

Oleh: Kamilatunnisak & Nur Hani Asmira
Credit to Mr. Google

Sunday, January 9, 2011

KANTA PELBAGAI FOKUS

Kanta pelbagai fokus adalah lebih kurang sama dengan kanta dwifokus. Ia merupakan kanta yang mempunyai dua ataupun lebih kuasa kanta dalam sesebuah kanta. Pada kebiasaannya ia diguna pakai oleh orang yang mengalami rabun jauh dan dekat(presbiopia). Apa yang pasti syarikat Hoya menyediakan kanta sebegini dengan pelbagai rekaan dan jenis bahan serta saduran.
Kebelakangan ini terdapat beraneka kanta progresif (kanta pelbagai fokus) telah dicipta. Ia menggabungkan lebih daripada dua kuasa pembetulan dalam satu kanta. Hasilnya, penglihatan yang telah dibetulkan dalam pelbagai jarak (jauh atau dekat)  semuanya dalam satu kanta. Bagi syarikat Hoya terdapat pelbagai jenis rekaan kanta progresif iD. Perkembagan ini tertumpu bagi meningkatkan kestabilan dan fokus di semua arah sebagai contoh Hoyalux iD iaitu kanta dwipermukaan progresif pertama di dunia. Ia direka khas untuk kesesuaian pergerakan si pemakai dan bertindak balas terhadap sifat-sifat mata. Di sini terdapat beberapa penerangan berkaitan dengan jenis-jenis kanta Hoya di mana ia benar-benar berguna untuk kanta pelbagai fokus. Seperti yang disebutkan sebelum ini,kanta yang pertama ialah Hoyalux iD. Ia merupakan jenis rekaan kanta yang pertama yang menjamin kestabilan dan fokus. Seterusnya adalah Hoyalux Summit Pro. Ia membetulkan perubahan daripada pandangan jauh kepada dekat secara semulajadi. Yang ketiga adalah Hoyalux Summit CD. Ia direka menggunakan teknologi pengiraan sama seperti Hoyalux Summit Pro tetapi ia direka khas untuk bingkai yang lebih bergaya, kecil dan tirus serta dalm masa yang sama menjamin kualiti penglihatn di semua arah. Seterusnya adalah Hoyalux Wide. Ia menyediakan medan pembacaan yang lebih luas berbanding kanta progresif biasa. Akhir sekali adalah Hoyalux GP. Ia merupakan kanta progresif Hoya yang biasa.
Selama bertahun-tahun, cermin mata kaca agak mendominasi pasaran. Ia terbukti sesuai untuk pelbagai kuasa pembetulan,tahan calar serta memelihara kejelasan penglihatan. Namun demikian,kebelakangan ini mesyarakat meninginkan kaca mata yang lebih nipis dan ringan. Disebabkan itu, Hoya telah mencipta kanta plastik yang mempunyai indeks yang tinggi dengan pelbagai julat indeks pembiasan. Antara kanta plastik Hoya adalah Eyry iaitu kanta yang paling nipis serta mempunyai indeks yang paling tinggi (1.70) untuk hasil yang terbaik. Seterusnya adalah Eynoa 1.67 iaitu kanta plastik yang mempunyai bahan yang baru. Selain itu, Eyas 1.60 iaitu kanta plastik Hoya dari bahan premium dan  PNX 1.53 iaitu kanta plastik untuk sesiapa yang inginkan keyakinan. Akhir sekali adalah CR 39 1.50 iaitu bahan kanta yang biasa.

Kanta Progresif (kanta pelbagai fokus)


Kanta Progresif (kanta pelbagai fokus)

Kanta optikal pelbagai fokus


nurul'ain mat juden
norfazrina abdul gaffur





RINGKASAN TENTANG JENIS-JENIS MATERIAL KANTA HOYA


Indeks biasan, n
Material kanta
Ciri-ciri
1.70
Eyry
·         Kuat
·         Fleksibel
·          Elastik
·         sangat sesuai untuk cermin mata tanpa bingkai
·         tahap tegangan yang tinggi
1.60
Eyas
·         Kadar penglihatan yang menakjubkan
·         ringan dan selesa
·         nilai kosmetik yang tinggi kepada pemakai
·         tahap tegangan tinggi
·         sesuai untuk cermin mata tanpa bingkai
·         tahan haba (110⁰c/1jam)
1.55
Stellify
·         selesa
·         ringan
·         nipis
1.53
Phoenix
·         ketahanan impak sangat tinggi
·         nipis
·         selesa
·         ringan
1.67
Eynoa
·         tahap tegangan tinggi (5kali lebih kuat daripada kanta biasa)
·         40% lebih nipis daripada kanta biasa
·         100% perlindungan sinaran ultraungu
·         Tahan haba sehingga 100⁰c

elastik

daya tahan impak tinggi
daya tegangan tinggi
shaffrina shaari (0915626)
nursyahirah ibrahim (0910632)




Lapisan yang membalut lens ( lens coating)
Lens yang digunakan untuk membuat cermin mata sekarang telah banyak melalui banyak pembaharuan sejajar dengan arus pemodenan dunia. Antaranya ialah lens ini melalui satu proses yang dinamakan sebagai rawatan permukaan (surface treatment). Tujuan rawatan terhadap lens ini dilakukan ialah untuk mengurangkan kadar silau terhadap pemakai kaca mata supaya mereka dapat melihat dengan lebih jelas sekaligus mengurangkan kesakitan yang disebabkan silau itu. Rawatan ini juga untuk menguatkan lens itu dari segi optiknya dan dari segi ciri-ciri fizikalnya. Salah satu contoh rawatan lens ini adalah lens coating atau pun sejenis lapisan yang membalut lens itu.
Coating untuk lens ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang bersesuaian dengan fungsi masing-masing. Antaranya ialah lapisan UV (UV coating), mirror coating, lapisan tahan calar ( scratch resistant coating/SR coating), dan lapisan anti silau( anti-reflection coating). Setiap satu coating ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Contohnya dalam kehiduapan seharian kita banyak terdedah kepada cahya matahari ataupun sinaran UV. Oleh itu UV coating ini lah yang digunakan pada kaca mata untuk melindungi mata kita dari sinaran yang bahaya ini.
Selain itu, kaca mata juga boleh disalut dengan satu lapisan tahan calar atau pn SR coating untuk membantu lens itu bebas dari calar-calar sekaligus membantu memanjangkan hayat kaca mata terbabit. Ini kerana jika lens itu diperbuat dari bahan yang mudah calar, kaca mata itu perlu dijaga dengan sangat rapi. Apabila sekali saja lens itu tercalar ia akan mengggangu penglihatan pemakai kaca mata itu oleh itu dia akan perlu menukar kaca mata baru. Oleh itu SR coating ini adalah sangat penting dalam pembuatan lens.
Satu lagi coating yang sangat penting atau popular adalah lapisan anti silau atau pun dikenali sebagai anti-reflection coating. Lapisan ini mesti akan dimasukkan ke dalam lens kerana ia akan mebantu membuat pemakai melihat dunia ini dengan lebih jelas dan ia juga akan membantu mengurangkan kadar kesilauan pemakai terutamanya di waktu malam ketika memandu dan sebagainya.
Salah satu syarikat pengeluar lens adalah syarikat Hoya lens di mana syarikat ini juga menyediakan segala jenis coating ini untuk keselesaan pemakai spek mata seperti mottonya iaitu “ We Care About Your Eyes’. Berikut adalah contoh-contohnya :

SFT ( super fine touch)
HVP ( hi vision perfection)
HV ( hi vision)
HM ( hard multicoat)
Warna
Hijau kekuningan
hijau

Biru
Ketahanan terhadap calar
Sangat tahan
Tahan terhadap calar tetapi lagi lemah berbanding SFT

Lemah
Lemah
Kalis air dan minyak
Sangat kalis ( senang dicuci)
Kurang sedikit berbanding SFT
Kurang kalis ( perlu lebih masa untuk cuci)
Kurang kalis
Anti-silau
Ada
Ada
Ada
Ada
Fleksibel
Fleksible
Kurang fleksible berbanding SFT
Tak fleksible
Tak fleksible

Berdasarkan jadual di atas, SFT adalah coating terbaik yang syarikat Hoya tawarkan pada masa ini. Ini kerana SFT sangat tahan kepada calar mem buatkan jangka hayat kaca mata itu lama. Ia juga kalis terhadap air dan minyak membuatkan lens itu senang untuk dibersihkan dan dipelihara.SFT juga mampu membuatkan lens tahan lama kerana ia mempunyai ciri-ciri seperti tahan lasak.SFT juga mempunya anti silau yang membantu mengurangkan kadar silau di mata pengguna kaca mata. Tahukah anda bahawa lens SFT ini sebelum ianya dipasarkan ia akan melalui satu proses untuk menguji adakah ianya benar-benar tahan calar dan tahan lasak. Dalam ujian ini satu beban 2kg dibalut bersama steel wool dan diletakkan di atas lens itu. Selepas itu beban itu digerakkan selama 20 kali di atas lens itu. Jika keputusan test itu menunjukkan lens itu tidak mengandungi sebarang calar barulah semua lens lain yang dibuat bersama diluluskan dan sedia untuk diberikan kepada orang umum.Ini menunjukkan lens yang bersalut SFT ini dijaga kualitinya.


Oleh itulah SFT coating ini dicadangkan kepada semua orang untuk menggunakannya disebabkan semua kelebihan yang terdapat pada coating jenis SFT ini.:)

hasil karya : Najwa Hanim bt Khasim dan Nur Amirah Zakaria

Related Posts with Thumbnails