About Me

My photo
IIUM OPTOMETRY STUDENTS SOCIETY 'We put 'I Care' in the eye care'. This blog is mainly for IIUM optometry students and the public. It plans to centralise all information and knowlegde in one medium. In more interactive way!

Wednesday, November 3, 2010

Terfikirkah anda, kenapa langit berwarna biru?



MITOS
Langit warna biru disebabkan oleh pantulan cahaya dari air laut???!!!

Boleh ke warna air laut terpantul ke langit sedangkan langit dengan air laut kan jarak dia jauhhh?? Betul tak?? Kalau macamtu, kenapa langit yang ada atas daratan tak pulak ikut warna daratan?? Kannn? So, apa yang menyebabkan warna langit jadi biru?? Nak tau tak? Nak tau tak? Kalau nak tau, ada sikit fakta tentang langit berwarna biru kat bawah.

FAKTA
Langit berwarna biru adalah berkaitan dengan hukum cahaya. Cahaya adalah sejenis tenaga yang bergerak dalam bentuk gelombang. Cahaya adalah gelombang elektrik dan mempunyai medan magnet nya sendiri. Visible light adalah elektromagnetik spektrum yang dapat dilihat oleh manusia. Apabila visible light berwarna putih, sebenarnya ia adalah kombinasi semua warna. 

Sebab itulah kita dapat tengok pelangi bila adanya titisan air hujan diudara. The visible light yang go through titisan udara akan terserak membentuk 7 warna pelangi. 7 warna itu sebenarnya terserak disebabkan terdapat perbezaan panjang gelombang di antara 7 warna tersebut.

 Semua hukum warna ini lah juga yang menyebabkan langit berwarna biru. Cahaya akan bergerak dalam satu arah yang lurus selagi tiada halangan di hadapannya. Tetapi apabila ia terhalang oleh sesuatu seperti molekul udaradan sebagainya, ia akan terserak, terpantul, dan terbias pada arah yang berlainan. Molekul udara adalah molekul yang kecil. Apabila cahaya terpantul ke arah molekul yang kecil, terdapat setengah tenga cahaya yang terserap oleh molekul atau terbias dan terpantul ke arah yang lain. Setiap warna cahaya mempunyai sifat yang berlainan apabila diserap oleh molekul. Contohnya,cahaya  warna yang berfrekuensi tinggi (biru) diserap lebih kerap dan banyak oleh molekul udara berbanding cahaya warna yang berfrekuensi rendah(merah). Proses ini dipanggil Rayleigh Scattering.

SOOOOOOOOOOOO? APA SEBABNYA LANGIT WARNA BIRUUUUUUU??

Okay okay.. Ni la explainationnya.
Langit biru disebabkan rayleigh Scattering lah! Macam ni, bila cahaya bergerak di atmosfera, selalunya ia tidak akan dihalang. Tetapi, sedikit cahaya warna merah, jingga dan kuning akan terkesan dengan udara-udara yang terdapat di atmosfera.

Walaubagaimanpun, gelombang yang pendek akan diserap oleh molekul udara. Warna biru yang terserap akan bercabang atau memancar ke arah yang berlainan. Dia akan terserak keseluruh langit. Jadi, dalam arah mana pun yang kita lihat, langit akan tetap berwarna BIRUUUUUUUUUUUU!!!

Nukilan: Mimie Halil, Syazwani

No comments:

Related Posts with Thumbnails