Gambar ihsan dari Google
Lebih banyak melatonin dihasilkan dalam keadaan gelap berbanding keadaan terang. Kandungan melatonin dalam darah meningkat sebanyak 10 kali ganda dalam keadaan gelap. Melatonin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar yang terletak di bahagian tengah otak manusia. Melatonin penting untuk mengawal aktiviti biologi dalam tubuh manusia dan menyebabkan kita mengantuk. Ia juga berfungsi sebagai anti-oksida yang penting untuk memberi perlindungan terhadap radikal bebas oksigen yang berbahaya.
Sebaliknya apabila tidur dalam keadaan terang dan bercahaya, banyak cahaya akan masuk ke dalam mata, penghasilan melatonin akan berkurang. Oleh itu, untuk mendapat badan yang sihat kita hendaklah mendapat tidur yang cukupi dan memastikan kita tidur dalam suasana yang gelap.
Nukilan Fadilah.
No comments:
Post a Comment